Thursday, 29 March 2018

Resepi Kek Red Velvet Kukus

Assalamualaikum semua,

Rata-rata ramai yang cakap, kek red velvet paling susah sekali nak buat. Ramai yang cakap susah nak dapat kegebuan kek dan tekstur kek yang seakan baldu semewah namanya si baldu merah (red velvet). Kek ini memang kalau silap teknik memang akan bawa bencana. Kek terhasil akan mendap, keras, bantat dan banyak lagi kisah tragik yang berlaku katanya hehehe..


Pengalaman saya buat kek red velvet ni pun banyak yang menyedihkan. Antaranya kek merekah dibahagian atas. Ini kerana masa tu saya baru belajar baking. Kek merekah ni selalunya oven atau api atas terlalu panas dan acuan terlalu kecik untuk jumlah adunan. Jadi kek naik membukit dan kemudian merekah kerana apabila bahagian tepi kek mengeras, ianya menolah bahagian tengah kek yang masih cair ke atas. Faktor kek terlalu tebal pun salah satunya. Jadi make sure kalau tak pasti jumlah adunan tu cukup ke tak dengan saiz acuan, bahagikan dulu siap-siap kepada dua bahagian sama banyak kedalam mangkuk asing. Dan kemudian bakar secara berasingan. Saya selalunya timbang supaya sama berat. Kalau nak bahagi tiga lebih bagus jadi ada ada 3 lapisan kek lebih sedap sikit kan. Bila dah bahagi baru masukkan dalam acuan dan bakar berasingan atau jika ada acuan lebih dan oven muat boleh bakar sekaligus.




Memang gebu kek ni dan sangat sedap rasanya walaupun dimakan tanpa icing krim cheese.




Selain itu, bagi kek yang memerlukan susu didalam resepinya, pastikan susu yang kita guna ialah susu fresh full cream (selalu dijual di tempat sejuk bersama jus dan yogurt). Boleh juga pakai susu UHT Full Cream, brand yang disarankan, jenama Anchor atau Marygold. Jenama lain saya tengok banyak kandungan air dalamnya dan tak berapa lemak, jadi kek selalunya keras dan tak gebu. Jangan sesekali pakai susu rendah lemak kalau nak kek yang gebu dan sedap. Pilihan lain ialah campurkan susu yang ada dengan sedikit krim (heavy krim atau whipping krim tenusu). Ni yang saya selalu buat walaupun pakai susu UHT full cream. Hasilnya kek lebih gebu dan lembut.

Kalau macam red velvet ni menggunakan susu buttermilk - sejenis susu yang sedikit masam dan pekat berlemak. Jadi saya gunakan susu full cream dicampur sedikit whipping cream dan dan sedikit cuka. Biar susu selama 10 minit sebelum dicampur bahan lain atau sebelum diguna. Susu akan jadi berketul ketul dan berpecah. Tu petanda kek akan naik gebu hehehe..

Satu lagi tips mudah mendapatkan kek gebu ialah penggunaan tepung berkualiti. Saya lebih selesa menggunakan tepung naik sendiri yang dibeli dari kedai bakery. Jimat masa dan tak perlu risau nak sukat baking powder dan baking soda. Cuma perlu ayak sahaja. Jadi untuk red velvet ni saya guna tepung naik sendiri dan campur sedikit sahaja baking soda untuk mengaktifkan tidak balas susu masam bersama  soda bagi menggebukan kek.




Tips Kek Red Velvet Gebu 

Bahan-bahan
  • *2 cawan tepung kek/superfine
  • *2 sudu besar serbuk koko
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
  • 2 biji telur A
  • esen vanila

Topping
  • 250g cream cheese @ satu ketul
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
  • 1 sudu besar jus perahan lemon

Cara-cara
  • Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
  • Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
  • Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. 
  • Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang. 


Satu lagi tips mudah mendapatkan kek gebu ialah penggunaan tepung berkualiti. Saya lebih selesa menggunakan tepung naik sendiri yang dibeli dari kedai bakery. Jimat masa dan tak perlu risau nak sukat baking powder dan baking soda. Cuma perlu ayak sahaja. Jadi untuk red velvet ni saya guna tepung naik sendiri dan campur sedikit sahaja baking soda untuk mengaktifkan tidak balas susu masam bersama  soda bagi menggebukan kek.

No comments:

Post a Comment

Resepi Kek Red Velvet Kukus

Assalamualaikum semua, Rata-rata ramai yang cakap, kek red velvet paling susah sekali nak buat. Ramai yang cakap susah nak dapat kegebuan ...